UTHM Institutional Repository

Aplikasi penyelesaian masalah melibatkan kemahiran berfikir dalam tajuk rekabentuk Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga

Alias, Nor Aliza and Amiruddin, Mohd Hasril (2015) Aplikasi penyelesaian masalah melibatkan kemahiran berfikir dalam tajuk rekabentuk Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kemahiran berfikir merupakan kemahiran yang penting bagi setiap pelajar. Penekanan yang sewajarnya harus dititikberatkan oleh guru-guru di sekolah. Guru-guru seharusnya dapat melatih pelajar membuat kesimpulan, andaidaan membuat hujah bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam pembelajaran. Masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini adalah bagaimana guru-guru ingin menerapkan kemahiran berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir di kalangan pelajar Tingkatan Tiga bagi tajuk reka bentuk. Manakala objektifnya adalah bagi mengukur tahap kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah pembelajaran dan menjana idea. Justeru itu, kajian ini diharapkan agar dapat mengenalpasti tahap kemahiran berfikir pelajar Tingkatan Tiga dalam menyiapkan projek reka bentuk di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran berfikir; kemahiran hidup; penyelesaian masalah
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7671
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item