UTHM Institutional Repository

Hubungan sikap, minat, pengaruh rakan sebaya dan pengajaran guru terhadap pencapaian Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal di Daerah Manjung, Perak

Abu Bakar, Norazlimi and Amiruddin, Mohd Hasril (2015) Hubungan sikap, minat, pengaruh rakan sebaya dan pengajaran guru terhadap pencapaian Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal di Daerah Manjung, Perak. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan salah satu mata pelajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan sikap, minat, pengaruh rakan sebaya dan pengajaran guru terhadap pencapaian Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal di Daerah Manjung, Perak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 175 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 3 sesi 2015 dipilih secara rawak di lima buah sekolah untuk dijadikan sampel kajian. Data di kumpul melalui soal selidik sebagai instrumen kajian dan dianalisis dengan perisian SPSS. Maklum balas yang diperoleh telah dianalisis dalam bentuk peratus kekerapan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian mendapati kebanyakan murid tidak meminati subjek Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal. Hasil kajian ini diharap dapat menjadikan rujukan kepada pelbagai pihak untuk mempertingkatkan kuantiti murid meminati subjek Kemahiran Hidup Pilihan Teknikal dan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya di masa akan datang. Oleh itu pembelajaran dapat membentuk sikap positif murid dalam meningkatkan pencapaian akademik. Pembelajaran yang dibangunkan mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: sikap; minat; pengaruh rakan sebaya; tahap pencapaian; kemahiran hidup; teknikal; sekolah menengah
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7673
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item