UTHM Institutional Repository

Pendekatan I-Think bagi meningkatkan pemahaman tajuk jahitan di kalangan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, Perak

Yahya, Nurul Ariza and Amiruddin, Mohd Hasril (2015) Pendekatan I-Think bagi meningkatkan pemahaman tajuk jahitan di kalangan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, Perak. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan suatu subjek pendidikan yang mempunyai kepelbagaian dalam pilihan elektif yang bertujuan untuk memudahkan pelajar menilai dan memilih sendiri pilihan mengikut minat tersendiri dan setiap pilihan elektif mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan mengikut prosedur masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus yang tidak berkualiti akan menjejaskan prestasi pelajar dalam Pentaksiran Tingkat Tiga (PT3). Oleh itu, kajian ini dibuat bagi tujuan untuk membincangkan keberkesanan program i-THINK dan kesan penggunaan program ini dalam meningkatkan pemahaman kemahiran membaca pelajar-pelajar bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa pengajaran melalui kaedah bahan grafik dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman pelajar. Suatu kajian eksperimen telah dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan program i-THINK terhadap pencapaian kefahaman peiajar dan minat pelajarterhadap tajuk pengubahsuaian pola. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak yang melibatkan 45 pelajar tingkatan 2 Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) sebagai sampel. Kaedah eksperimen dilakukan untuk membandingkan pencapaian pelajar sebelum dan selepas rawatan. Kumpulan pelajar ini diajar dengan menggunakan teknik peta pemikiran di bawah program i-THINK. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pendekatan I-think dalam pembelajaran tajuk pengubahsuaian pola jahitan. Bentuk kajian yang dijalankan adalah eksperimen yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pasca ke atas kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan pendekatan i-THINK dalam pembelajaran manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa sahaja

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kaedah pengajaran; pendekatan i-THINK; kefahaman; jahitan; sekolah menengah
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7674
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item