UTHM Institutional Repository

Amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Yusof, Nur Arzila and Amiruddin, Mohd Hasril (2015) Amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Rentetan dari kemalangan di bengkel yang sering berlaku di sekolah-sekolah maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Aspek yang dikaji adalah tahap amalan keselamatan dari aspek peraturan keselamatan bengkel, tahap amalan keselamatan dari aspek persekitaran bengkel, tahap amalan keselamatan dari aspek sikap pelajar dan tahap amalan keselamatan dari aspek penggunaan mesin yang digunakan. Kajian / deskriptif ini dijalankan ke atas 341 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan. Satu set soal selidik akan digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden, diedarkan ke sekolah-sekolah yang dipilih. Semua data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 24.0

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: amalan keselamatan; kemahiran hidup; sekolah menengah
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7675
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item