UTHM Institutional Repository

Penggunaan nyanyian dan lagu untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Omar, Rohaida and Amiruddin, Mohd Hasril (2015) Penggunaan nyanyian dan lagu untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah Kolej Vokasional Kuala Kangsar. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Cadangan kajian ini dibuat untuk mengaplikasikan penggunaan lagu dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Kajian ini menggunakan nyanyian dan lagu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid prasekolah di Kolej Vokasional Kuala Kangsar, 33700 Padang Rengas, Perak. Sampel kajian melibatkan 40 orang murid dari dua buah kelas iaitu 20 orang dalam kumpulan kawalan dan 20 orang lagi dalam kumpulan rawatan. Pengumpulan data dikenalpasti berdasarkan pemerhatian, senarai semakan dokumen rasmi yang disediakan. Seterusnya data-data yang telah dikumpul dianalisa dan dinyatakan dalam bentuk jadual dan graf. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif yang merangkumi min, peratus dan kekerapan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan nyanyian, muzik dan lagu berkesan dalam meningkatkan kemahiran bacaan. Ini terbukti dengan peningkatan skor min dan peratus dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan setelah mendapat pendedahan dan pengajaran kemahiran bacaan berbantukan nyanyian dan lagu. Kaedah ini mempunyai potensi yang baik ke arah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid prasekolah yang dianggap sukar bagi sesetengah pihak. Selain itu, penggunaan nyanyian dan lagu juga merupakan satu kaedah pembelajaran yang boleh dijadikan sebagai alternatif untuk mendapatkan perubahan yang signifikan iaitu mampu meningkatkan pencapaian murid dengan berkesan berbanding kaedah tradisional. Oleh yang demikian, guru -guru perlu memberi perhatian kepada teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar kemahiran murid dapat ditingkatkan. Penggunaan nyanyian dan lagu dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik untuk dipraktikkan dan dapat meningkatkan minat murid

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kaedah pengajaran; nyayian; lagu; kemahiran membaca; Kolej Vokasional
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7676
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item