UTHM Institutional Repository

Tahap kemahiran pelajar mengaplikasikan kemahiran teras dalam kehidupan harian oleh pelajar Tingkatan Tiga

Osman, Shahrul Hanif (2015) Tahap kemahiran pelajar mengaplikasikan kemahiran teras dalam kehidupan harian oleh pelajar Tingkatan Tiga. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup ialah untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktis asas, pengetahuan berasaskan teknologi, melakukan kerja amaii, mereka cipta dan memperolehi kemahiran asas berasaskan teknologi. Namun begitu tahap pemahaman pelajar dalam bidang Kemahiran Hidup yang telah dipelajari di sekolah dan mengaplikasikan kemahiran teras dalam kehidupan seharian pelajar masih tidak diketahui. Oleh sebab itu, kertas konsep ini adalah bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar dalam mengaplikasikan Kemahiran Teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan tiga dalam bidang Elektrik, dalam kehidupan seharian pelajar. Secara spesifiknya, objektif kajian adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Teras dan mengkaji sama ada wujudnya perbezaan tahap kemampuan pelajar dari segi jantina yang mempengaruhi dalam mengaplikasikan Kemahiran Teras dalam kehidupan seharian. Kajian ini akan dijalankan ke atas 197 orang pelajar tingkatan tiga di SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu Kedah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana borang soal selidik akan digunakan untuk pengumpulan data. Data yang dikutip akan dianalisis secara deskritif iaitu melibatkan min dan sisihan piawai. Ujian "t" akan digunakan untuk menentukan perbezaan antara jantina. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru dan penyeiidik dalam bidang yang dikaji

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran hidup; kemahiran teras; teknologi elektrik
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7677
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item