UTHM Institutional Repository

Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik

Jaffar, Mohammad Izzuddin (2015) Beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Guru merupakan golongan yang memiliki ilmu dan kemahiran serta diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan pendidikan kepada masyarakat. Guru pada masa kini terbeban dengan pelbagai tugas, bukan sahaja berperanan sebagai pendidik bahkan tugas guru menjadi lebih mencabar. Kertas konsep ini akan membincangkan tentang kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap beban tugas guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Bidang beban tugas yang dikaji adalah pengurusan, kemahiran pelaksanaan dan keberkesanan PBS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Data dikumpul melalui soal selidik. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana borang soal seiidik akan digunakan untuk pengumpulan data. Seramai 100 orang guru yang mengajar di sekolah ini telah dipilih secara keseluruhannya. Data yang dikutip akan dianalisis secara deskriptif iaitu melibatkan min dan sisihan piawai. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar, guru dan juga penyelidik dalam bidang yang dikaji ini

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: beban guru; PBS
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7678
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item