UTHM Institutional Repository

Persediaan pelajar tahun akhir Diploma Akauntasi sebelum memasuki alam pekerjaan berdasarkan kriteria yang dikehendaki oleh majikan

Shafie , Sanuzee (2003) Persediaan pelajar tahun akhir Diploma Akauntasi sebelum memasuki alam pekerjaan berdasarkan kriteria yang dikehendaki oleh majikan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PERSEDIAAN_PELAJAR_TAHUN_AKHIR_DIPLOMA_AKAUNTASI_SEBELUM_MEMASUKI_ALAM_PEKERJAAN_BER.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap persediaan kerjava pelajar tahun akhir Diploma Akauntasi Politeknik sebelum menceburi diri di alam pekerjaan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 127 orang pelajar tahun akhir di tiga buah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen kajian ini adalah menggunakan soalselidik. Bagi tujuan menganalisis data, perisian Statistical Package For Sciences (SPSS) Versi 11.0 telah digunakan dan data-data dianalisis untuk mendapatkan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tahun akhir Diploma Akauntasi di tiga buah politeknik yang dipilih telah mempunyai tahap persediaan yang baik untuk memasuki alam pekerjaan dari aspek kemahiran diperlukan, pengetahuan dan personaliti. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kelemahan pelajar tahun akhir iaitu dari segi penguasaan Bahasa Inggeris, penyediaan penyata penyesuaian bank dan pengetahuan mengenai kerjaya perakaunan. Cadangan produk oleh pengkaji adalah borang senarai semak yang mana bagi memberitahu kepada pelajar kriteria yang diperlukan oleh majikan dan seterusnya pelajar boleh membuat penilaian diri terhadap persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 14 Apr 2011 02:46
Last Modified: 29 Apr 2011 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/769
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year