UTHM Institutional Repository

Pembangunan alat penilaian amalan lean untuk perusahaan kecil dan sederhana

Ab. Majid, Afiqah (2015) Pembangunan alat penilaian amalan lean untuk perusahaan kecil dan sederhana. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
AFIQAH_BT._AB._MAJID.pdf

Download (1MB)

Abstract

Alat penilaian amalan Lean adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan peluang penambahbaikan pengeluaran. Pembangunan prototaip Alat Penilaian Amalan Lean untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (APALPks) adalah berikutan kekurangan alat penilaian Lean yang dikhususkan untuk perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia, terutamanya yang berasaskan komputer. Pembangunan prototaip APALPks ini adalah berdasarkan rujukan beberapa alat penilaian amalan Lean sedia ada dan beberapa kajian terdahulu. Objektif utama kajian ini adalah: (1) untuk membangunkan prototaip APALPks; dan (2) menilai dan menambahbaik APALPks. Prototaip APALPks dibangunkan menggunakan Microsoft Office Excel yang terdiri daripada pengiraan secara automatik dan paparan visual melalui graf bar dan bentuk jadual beserta jalur warna yang mewakili tahap pelaksanaan Lean di dalam sesebuah organisasi. Penambahbaikan prototaip APALPks dilakukan berdasarkan penilaian tinjauan umum yang telah dilengkapkan oleh pengguna, perunding Lean dan pensyarah yang terlibat dalam bidang Lean. APALPks merangkumi empat seksyen utama iaitu: (1) ‘Mula’, (2) ‘Arahan’, (3) ‘Kriteria Penilaian’, dan (4) ‘Analisis Keseluruhan’. Penilaian di dalam APALPks terdiri daripada lapan kriteria utama iaitu: (1) ‘Kepimpinan dan Pengurusan’, (2) ‘Inventori’, (3) ‘Proses’, (4) ‘Produk’, (5) ‘Kualiti’, (6) ‘Susun Atur Pengeluaran’, (7) ‘Penyelenggaraan’, dan (8) ‘Kesan Pelaksanaan Lean’.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Feb 2016 08:28
Last Modified: 29 Feb 2016 08:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7695
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year