UTHM Institutional Repository

Komposit nano nikel oksida-samarium terdop seria karbonat-argentum (NiO-SDCC-Ag) sebagai anod bagi sel fuel oksida pepejal bersuhu rendah

Suhairi, Lidiyawati (2014) Komposit nano nikel oksida-samarium terdop seria karbonat-argentum (NiO-SDCC-Ag) sebagai anod bagi sel fuel oksida pepejal bersuhu rendah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
LIDIYAWATI_BINTI_SUHAIRI.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kini, terdapat minat yang semakin meningkat dalam membangunkan sel fuel oksida pepejal (solid oxide fuel cell, SOFC) kerana faedahnya. SOFC telah dianggap penting untuk aplikasi sel fuel pada masa hadapan kerana SOFC bebas daripada pencemaran teknologi untuk menjana elektrik pada kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan mana-mana jenis sel fuel. Dalam kajian ini, anod komposit nikel oksida-samarium terdop seria karbonat-argentum (NiO-SDCC-Ag) telah dikaji berkaitan dengan keserasian kimia dan sifat fizikalnya. Serbuk anod disediakan dengan mencampurkan NiO dengan SDCC melalui kaedah pengisaran bebola basah dalam peratusan nisbah berat 50:50 (NiO50-SDCC50) dan 70:30 (NiO70-SDCC30) dan ditambah dengan Ag pada komposisi 1, 3 dan 5 % berat. Campuran serbuk kemudiannya di kalsin pada 600°C, 700°C dan 800°C. Pelet anod kemudiannya dipadatkan pada tekanan 46 MPa dan disinter pada 600°C. Serbuk anod komposit terdiri daripada tiga fasa hablur iaitu struktur kubus NiO, kubus Ag dan kubus berpusat muka SDCC sebagaimana yang diperolehi dengan pembelauan sinar-X (XRD). Hasil XRD juga menunjukkan bahawa NiO, SDCC dan Ag masih mengekalkan struktur asal hablur mereka sendiri dan tiada puncak belauan tambahan kelihatan. Ini menunjukkan bahawa NiO, SDCC dan Ag mempunyai keserasian kimia yang baik. Keputusan FTIR pula menunjukkan fasa karbonat kekal hadir dalam serbuk anod komposit sehingga suhu kalsin 800°C pada kesemua campuran anod komposit. Imej daripada miskroskop elektron pengimbas pancaran medan (FESEM) menunjukkan bahawa sampel NiO70-SDCC30 mempunyai lekatan yang lebih baik dan keliangan yang tinggi berbanding dengan NiO50-SDCC50. Keliangan yang diperolehi adalah dalam julat 25.77% - 42.16% untuk sampel anod komposit. Keputusan ini menunjukkan bahawa NiO-SDCC-Ag berpotensi menjadi bahan anod yang sesuai untuk SOFC bersuhu rendah (Low temperature solid oxide fuel cell, LT-SOFC).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK2896-2986 Production of electricity by direct energy conversion
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Mar 2016 06:49
Last Modified: 13 Mar 2016 06:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7723
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year