UTHM Institutional Repository

Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Abdul Wahab, Norrizah (2001) Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_KEPUASAN_KERJA_DAN_KECENDERUNGAN_BERTUKAR_KERJA_DI_KALANGAN_STAF_BUKAN_AKADEMI.pdf

Download (1MB)
[img]
Preview
Text (Full Text)
TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN BERTUKAR KERJA DI KALANGAN STAF BUKAN AKADEMIK - SATU KAJIA.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Kajian ini turut melihat perbezaan kedua-dua pembolehubah bersandar ini mengikut faktor jantina dan kategori jawatan serta perkaitan di antara kepuasan keija dengan kecenderungan bertukar kerja. Kajian kes ini melibatkan 105 orang responden iaitu 100 % daripada sampel yang terdiri daripada staf beijawatan juruteknik, pembantu makmal dan pegawai pentadbiran. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan analisis data dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Science). Analisis keseluruhan sampel menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja berada pada tahap sederhana. Dari segi kepuasan kerja bertukar kerja mengikut jantina dan jawatan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dan jawatan. Manakala bagi kecenderungan bertukar keija mengikut jantina dan jawatan hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dan jawatan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang rendah di antara kepuasan kerja dengan kecenderungan bertukar kerja. Ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja bukan menjadi faktor yang utama untuk kecenderungan seseorang bertukar kerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 14 Apr 2011 03:09
Last Modified: 24 Oct 2019 02:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/773
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year