UTHM Institutional Repository

Permodelan faktor-faktor pencapaian sains TIMSS Malaysia 2011

Ismail, Mohd Erfy (2015) Permodelan faktor-faktor pencapaian sains TIMSS Malaysia 2011. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_ERFY_BIN_ISMAIL.pdf

Download (820kB)

Abstract

Secara umumnya, TIMSS adalah suatu penilaian berskala besar dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur tahap pencapaian pelajar gred ke-4 dan gred ke-8 dalam pendidikan matematik dan sains di peringkat antarabangsa. Kajian TIMSS dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) serta dilaksanakan empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007 dan kini pada tahun 2011. Secara keseluruhannya pencapaian sains dalam TIMSS Malaysia adalah membimbangkan. Skor Malaysia berada di bawah skor purata TIMSS bermula TIMSS 2003. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana konteks rumah, konteks bilik darjah dan konteks sekolah mempengaruhi pencapaian sains pelajar dalam TIMSS 2011 berdasarkan perbezaan kumpulan jantina. Kajian ini melibatkan seramai 5733 responden daripada 180 buah sekolah menengah di Malaysia berdasarkan data TIMSS 2011. Persampelan rawak menggunakan teknik persampelan kluster berstrata dua peringkat dilakukan dalam memilih sampel kajian. Kajian ini turut mencadang sebuah model yang mengandungi dua konstruk eksogenus iaitu penglibatan ibu bapa dan disiplin iklim sekolah serta dua konstruk endogenus iaitu sikap terhadap sains dan pencapaian sains. Kajian ini menggunakan teknik permodelan persamaan struktural (SEM) bagi menguji model yang dihipotesiskan dan menentukan kekuatan hubungan antara satu variabel dengan variabel yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan penglibatan ibu bapa mempunyai kesan langsung ke atas sikap xiv terhadap sains dan pencapaian sains pelajar manakala sikap terhadap sains mempunyai hubungan negatif terhadap pencapaian sains pelajar. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan dalam analisis berbilang kumpulan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Depositing User: En. Sharul Ahmad
Date Deposited: 04 May 2016 10:09
Last Modified: 04 May 2016 10:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7785
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year