UTHM Institutional Repository

Pembelajaran carta kawalan X - BAR dan R melalui e-modul

Mohd Nadzri, Mohd Azaharuddin (2003) Pembelajaran carta kawalan X - BAR dan R melalui e-modul. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PEMBELAJARAN_CARTA_KAWALAN_X-BAR_DAN_R_MELALUI_E-MODUL.pdf

Download (884kB)
[img] Text (Full Text)
PEMBELAJARAN CARTA KAWALAN X-BAR DAN R MELALUI E-MODUL full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu produk teknologi pendidikan berbentuk e-modul. Kajian awalan mendapati kebanyakan pelajar sukar dalam menghubungkan peranan carta kawalan X-Bar dan R dengan industri. Penerapan modul multimedia bersifat interaktifke dalam proses pembelajaran masih belum diimplementasi secara meluas di kalangan pelajar Politeknik. Justeru, tujuan e-modul ini dibangunkan adalah untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Seramai tiga puluh tujuh orang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Teknologi Pembuatan daripada Politeknik Johor Bahru yang mengambil mata pelajaran Kawalan Kualiti telah diminta untuk memberikan respons bagi menilai kebolehgunaan e-modul yang dibangunkan. Penilaian telah dilakukan terhadap aspek isi kandungan, strategi pembelajaran dan persembahan dalam e-modul. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSSv.JO. Penganalisaan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah peratus, skor min dan Pekali Alpha Cronbach. Kajian mendapati bahawa responden bersetuju e-modul yang dibangunkan dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran carta kawalan X-Bar dan R berdasarkan kepada aspek isi kandungan, strategi pembelajaran yang berkesan dan persembahan yang menarik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 07 Apr 2011 06:28
Last Modified: 14 Jan 2020 01:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/780
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year