UTHM Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian perisian e-PBL ReC untuk kursus kejuruteraan

Subramaniam, Tamil Selvan (2015) Pembangunan dan penilaian perisian e-PBL ReC untuk kursus kejuruteraan. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
TAMIL_SELVAN_SUBRAMANIAM.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip perisian pembelajaran untuk kursus kejuruteraan (e-PBL ReC) sebagai bahan sokongan pembelajaran bagi membantu memenuhi keperluan proses pembelajaran dengan menggunakan pendekatan PBL. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pengguna, mereka bentuk dan membangunkan serta menilai perisian dari aspek kebergunaan perisian dari segi elemen yang diintegrasikan membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran. Kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian kualitatif. Responden kajian telah melibatkan 146 orang pelajar, empat orang tenaga pengajar dan empat orang pakar pembelajaran atas talian dalam kajian analisis keperluan manakala kajian analisis reka bentuk perisian pula melibatkan pakar, tenaga pengajar dan pelajar serta bagi kajian penilaian kebergunaan perisian e-PBL ReC pula, responden kajian terdiri daripada 35 orang pelajar yang telah ditetapkan dalam satu kelas sedia ada. Hasil dapatan kajian daripada analisis keperluan telah dijadikan kayu ukur untuk mereka bentuk perisian dan responden kajian telah memberikan maklum balas yang positif berhubung pembangunan perisian e-PBL ReC dalam kajian analisis reka bentuk perisian serta hasil dapatan kajian kebergunaan perisian e-PBL ReC mendapati perisian membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran dengan elemen yang diintegrasikan berasaskan pendekatan PBL, teori behaviorisme, teori kognitivisme, teori konstruktivisme, unsur multimedia dan interaksi. Implikasi kajian ini ialah keupayaan perisian e-PBL ReC mampu memantapkan kemahiran penyelesaian masalah untuk kerjaya masa depan pelajar, dapat membantu melanjutkan proses pembelajaran konvensional, membantu tenaga pengajar dalam menyediakan aktiviti sokongan pembelajaran dan satu panduan dapat disediakan kepada pembangun perisian pendidikan. Sumbangan keseluruhan kajian ini ialah perisian pembelajaran (e-PBL ReC), model pembangunan perisian, perisian yang membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan, perisian yang membantu dalam pemerolehan kemahiran penyelesaian masalah, instrumen kajian dan keputusan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: En. Sharul Ahmad
Date Deposited: 20 Mar 2016 07:25
Last Modified: 20 Mar 2016 07:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7869
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year