UTHM Institutional Repository

Kajian terhadap model kampus lestari universiti awam di Malaysia: suatu pendekatan terintegratif

Ngadman, Ngadman (2014) Kajian terhadap model kampus lestari universiti awam di Malaysia: suatu pendekatan terintegratif. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
norhayati_ngadiman.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kesedaran tentang peranan universiti dalam membantu menjayakan pembangunan lestari di Malaysia sernakin meningkat dengan terdapatnya universiti yang melaksanakan konsep kampus lestari atau kampus hijau. Namun begitu, jurang pengetahuan dan komitmen telah menyebabkan berlakunya kelemahan dalarn proses pengintegrasian agenda kelestarian di universiti. Kebanyakan universiti fokus kepada sesuatu domain sahaja atau pelaksanaan hanya pada skala kecil. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi membina model kampus lestari bagi universiti Malaysia yang bersifat lebih holistik. Objektif kajian adalah untuk memaharni konsep kampus lestari dan memilih penunjuk kampus lestari yang bersesuaian dalam konteks universiti awam di Malaysia berdasarkan lima dimensi utama dalam mode1 kampus lestari iaitu tadbir urus, operasi, pendidikan, penyelidikan dan jangkauan luar. Kajian ini menggunakan pendekatan Kaedah-Campuran iaitu kaedah analisis dokumen dan tinjauan menggunakan soal selidik. Dokumen yang dianalisis termasuklah manual teknikal dan laporan kajian Iepas berkaitan kampus lestari. Perisian Nvivo digunakan untuk menganalisis data tentang model dan penunjuk kampus lestari. Analisis dokumen terbabit telah menghasilkan sebanyak 133 penunjuk di mana 50 dalipadanya adalah penunjuk operasi, 20 penunjuk pendidikan, 26 penunjuk penyelidikan, 14 penunjuk jangkauan luar dan 23 penunjuk urus tadbir. Serarnai 35 orang pakar bidang telah menjawab soal selidik dan hasil daripada tinjauan ini telah dianalisis dengan kaedah pengukuran Rasch menggunakan perisian Winstep. Perkara yang dipilih adalah berdasarkan nilai kebolehpercayaan, indeks pengasingan, "Point Measure Correlation" (PTMEA CORR), "Mean Square" (MNSQ) dan '2. standard" (Zstd). Hasil analisis Model Rasch sebanyak 20 item digugurkan iaitu empat item tadbir urus, tujuh item operasi, dua item pendidikan, empat item penyelidikan dan tiga item jangkauan luar. Model Kampus lestari yang dibangunkan meliputi semua peranan universiti dan mencadangkan strategi-strategi kelestarian yang boleh diamalkan oleh universiti awam di Malaysia. Kajian ini telah membuat penambahbaikan model kampus lestari sedia ada dengan memasukkan input barn iaitu komponen tadbir urus. Selain itu, hasil kajian juga boleh dijadikan instrumen bagi panduan pelaksanaan, penyelidikan dan pendidikan berkaitan dengan kampus lestari.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Depositing User: En. Sharul Ahmad
Date Deposited: 11 Apr 2016 03:49
Last Modified: 11 Apr 2016 03:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7897
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year