UTHM Institutional Repository

Sosioekonomi orang asli jakun di kampung peta

Jamiran, Mohd Nur Syufaat (2015) Sosioekonomi orang asli jakun di kampung peta. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_NUR_SYUFAAT_BIN_JAMIRAN.pdf

Download (700kB)

Abstract

Taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli pada masa kini masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat lain. Permasalahan ini juga turut berlaku dalam masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Justeru, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu (i) mengenal pasti pembangunan di Kampung Peta dan (ii) mengkaji keadaan sosioekonomi penduduk Kampung Peta. Data telah dikumpulkan melalui kaedah soal selidik terhadap 59 orang Ketua Isi Rumah (KIR) yang terdapat di Kampung Peta dan juga temubual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur terhadap responden utama iaitu Tok Batin, pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mersing dan pengurus Taman Negara Endau-Rompin (TNER). Kajian mendapati pelbagai pembangunan telah diterima oleh penduduk Kampung Peta. Pembangunan tersebut adalah dari aspek sosial dan ekonomi yang dijangkakan dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Namun begitu, taraf sosioekonomi mereka didapati masih rendah berikutan daripada 84.7 peratus daripada jumlah KIR yang masih mempunyai purata pendapatan isi rumah yang berada di bawah paras garis kemiskinan Semenanjung iaitu RM720. Pendapatan mereka juga didapati tidak menentu dan bermusim. Terdapat empat cabaran utama dalam membangunkan taraf sosioekonomi mereka iaitu (i) skop pekerjaan yang terhad; (ii) kedatangan pelancong yang bermusim; (iii) pengeksploitasian orang tengah; dan (iv) jati diri Orang Asli yang rendah. Oleh itu, terdapat lima pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi membangunkan sosioekonomi penduduk Kampung Peta iaitu (i) menggalakkan penggunaan tanah, (ii) meningkatkan tahap pendidikan, (iii) melahirkan golongan profesional, (iv) meningkatkan aktiviti keusahawanan serta (v) melibatkan NGO dan swasta dalam membangunkan Kampung Peta. Hal ini dapat melahirkan modal insan yang berkualiti supaya matlamat kelestarian pembangunan masyarakat Malaysia khususnya Orang Asli dapat dicapai.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 29 Mar 2016 01:51
Last Modified: 29 Mar 2016 01:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7921
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year