UTHM Institutional Repository

Kesan naik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka kepada masyarakat dan persekitaran

Shafii, Haryati and Shareh Musa, Sharifah Meryam and Zulkifli, Rabiatul Adawiyah Kesan naik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka kepada masyarakat dan persekitaran. In: 8th International Malaysia Studies Conference (MSC8), 9-11 Julai 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembangunan seringkali dikaitkan dengan k o n i antara manusia dan alam sekitar. Ini kerana sebarang perubahan yang berlaku terhadap alam sekitar sudah pasti akan turut memberi kesan terhadap manusia dan persekitarannya. Kajian ini bermatlamat untuk melihat kesan naik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) terhadap masyarakat dan persekitaran. Kajian melihat kepada pemanjangan dan pelebaran landasan kapal terbang. Persoalan yang diutarakan adalah sejauhmanakah kesan naik taraf LTAM telah memberi kesan kepada masyarakat dan persekitarannya Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kesan-kesan yang dihadapi oleh masyarakat sekitar terhadap naik taraf LTAM. Skop kajian tertumpu kepada kesan f~ikal,s osial, ekonomi dan juga penerimaan penduduk setempat terhadap naik taraf lapangan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatg Metodologi kajian ini adalah bersumberkan data sekunder dan data primer. Kaedah pengedaran borang kaji selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif yang melibatkan 100 orang responden @enduduk taman perumahan yang paling dekat dengan landasan LTAM) dan kaedah temubual melibatkan wakil dari Malaysia Airport Berhad (MHB) dan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) (JKKK Pak Balang dan JKKK Gangsa). Data yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 11.5, untuk melihat peratusan dan perbezaan min. Manakala hasil temubual diolah dalam bentuk jadual dan penulisan. Hasil daripada temubual daripada pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad menyatakan bahawa antara kesan naik tar@ LTAM ialah lebih banyak projek perumahan dibangunkan dan bahan bakar pesawat tidak mencemarkan udara Manakala hasil temubual bersama JKKK Pak Balang pula menyatakan kesan sosial sememangnya a&, akan tetapi boleh diseimbangkan melalui pendidikan. Namun, beliau bersetuju bahawa dengan naik tarafLTAM telah menyebabkan lebih banyak hotel-hotel dibina, kemudahan pengangkutan bertambah dan semakin baik Temubual bersama JKKK Gangsa pula menyatakan gangguan bunyi bising sememangnya a h , tetapi agak kurang, sistem perhubungan bertambah baik dan pengusahaan seperti penyewaan homestay telah dibangunkan. Hasil analisis daripada borang kaji selidik pula kajian mendapati 70% responden mengakui mereka tidak terganggu dengan bunyi bising dari aktiviti pesawat di LTAM Manakala sebanyak 91% responden pula tidak bersetuju naik taraf LTAM boleh menyebabkan gangguan kesihatan Sementara itu, bagi kesan sosial pula kajian mendapati bahawa sejumlah 74% responden menyatakan mereka tidak merasai pertambahan jumlah penduduk di kmvasan kejiranan mereka. .Namun, sebanyak I I% responden bersetuju bahawa pertambahan penduduk di kawasan kejiranan dapat meningkatkan perasaan selamat. Sejumlah 46.2% responden menyatakan mereka mendapat kemudahan awam. Manakala peratusan terendah iaitu kesan peningkatan gejala sosial adalah minimum iaitu hanya sebanyak 3.8% sahaja. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sejumlah 97% responden berpendapat bahawa naik taraf LTAM membantu dari segi perkembangan ekonomi seperti pertambahan bilangan hotel, dan premis perniagaan. Kajian juga mendapati 95% responden boleh menerima baik naik taraf LTAM Kesimpulannya, naik taraf LTAM ini telah meningkatkan penjanaan ekonomi yang baik terhadap masyarakat sekitar, kurang memberi kesan terhadap gangguan bunyi bising, kesihatan dan sosial. Malahan masyarakat sekitar boleh menerima baik kesan naik taraf LTAM dalam kekhidupan seharian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kesan naik taraf; lapangan terbang; masyarakat
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7940
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item