UTHM Institutional Repository

Implikasi pembahagian kuasa yang berbeza ke atas Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Malaysia

Ani, Fauziah and Isa, Khairunesa Implikasi pembahagian kuasa yang berbeza ke atas Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pembentukan Malaysia 2011, 17-18 September 2011, UiTM Cawangan, Sabah.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa implikasi pembahagian kuasa yang berbeza ke atas Sabah dun Sarawak ke atas sistem persekutuan yang merupakan sistem pemerintahan di Malaysia. Bagi Sabah dun Sarawak, kedua-dua negeri Borneo ini mempunyai sejarah dan proses politik yang agak berbeza daripada negeri-negeri Melayu di Semenanjung. Kedua-dua negeri tersebut sebelum I946 adalah merupakan wilayah-wilayah yang berada di bawah perlindungan British. Hanya mulai tahun 1946 sahaja kedua-dua negeri tersebut menjadi koloni British secara langsung. Disebabkan latar sejarah dun demograji yang sangat berbeza di kedua-dua negeri tersebut dengan negeri-negeri lain di semenanjung, maka terdapat beberapa peruntukan khas di dalam perlembagaan yang diberikan kepada negeri Sabah dun Sarawak seperti dalam Perkara 95B, 95D, 112A, 112B, 112C, 1120, 161, 161B dun I6lE. Peruntukan yang berbeza berbanding dengan negeri lain ini adalah bagi memenuhi syarat dun jaminan sekiranya kedua-dua negeri tersebut masuk dalam Gagasan Malaysia pada 16 September 1963. Hasil kajian yang menggunakan kaedah kualitatif melalui penganalisaan kandungan buku, jurnal, dokumen dun sebagainya, dun aplikasi teori/konsep federalisme mendapati peruntukan dun keistiwaan yang berbeza ini secara tidak langsung memberi implikasi yang cukup besar dalam sistem federalisme di Malaysia. Antaranya termasuklah ketiadaan keseragaman dalam sistem pentadbiran lantaran terciptanya sistem antara dua darjat, sebagai pembuktian bahawa sistem federalisme di Malaysia yang terlalu longgar, ketidakadilan kerajaan pusat ke atas negeri-negeri yang lain di Semenanjung dun sebagainya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7945
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item