UTHM Institutional Repository

Kitab Aqidah Al-Najin Fi 'Ilmi Usul Al-Din oleh Tuan Minal: analisa kedudukannya sebagai karya warisan

Abdul Rahim, Mohd Hisyam and Othman, Hussain and Ahmad, Shakila and Rusdi, Mikdar Kitab Aqidah Al-Najin Fi 'Ilmi Usul Al-Din oleh Tuan Minal: analisa kedudukannya sebagai karya warisan. In: Seminar Antarabangsa Sejarah dan Warisan Empayar Johor-Riau , 5-7 November 2010, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Penulisan kitab Jawi yang bersumberkan lslam mernbuktikan wujudnya tradisi keintelektualan lslam yang berkembang dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri. Penulisan yang telah diusahakan oleh para ulama' Melayu tradisional itu pada mulanya adalah terhasil daripada aktiviti penterjemahan dan adaptasi daripada karya-karya berbahasa Arab dalam usaha mengembangkan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat. Karya agung Umm al-Barahin telah memberi impak besar terhadap penulisan kitab Jawi bidang Aqidah dan pengajarannya di Alam Melayu. Salah satu karya adaptasi dan terjemahan tulisan Jawi yang dihasilkan oleh para ulama' tradisional dan terdapat juga keberlangsungan pengajarannya sehingga kini ialah Kitab Aqidah al-Najin fi 'Ilmi Usul al- Din karangan ulama' tersohor bergelar Tuan Minal. Lantaran keistimewaan isi kandungan kitab tersebut, kita dapati bahawa terdapat keberlangsungan pengajarannya sehingga kini. Justeru, berdasarkan leistimewaannya di atas, kertas kerja ini berusaha untuk membentangkan secara komprehensif kandungan kitab itu dan cuba mengangkatnya sebagai sebuah karya warisan yang perlu diberi perhatian oleh para penyelidik dan pencinta karya ulamal-ulama' Melayu silam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:40
Last Modified: 13 Aug 2018 03:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7950
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item