UTHM Institutional Repository

Kaedah pengajaran kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan di politeknik Malaysia

Selamat, Asri and Esa, Ahmad and Mohd Salleh, Berhannudin and Mohamad, Baharom and Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid and Mohd Zulkipli, Fuziah and Mohamad Twon Tawi , Faizal and Padil, Suhaili (2015) Kaedah pengajaran kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan di politeknik Malaysia. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
vot_1068.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kemahiran insaniah merupakan antara kemahiran yang diperlukan bagi memastikan graduan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Kebanyakan graduan kejuruteraan mahir dalam kemahiran teknikal namun kurang penguasaan dalam kemahiran insaniah. Kekurangan ilmu pengetahuan yang releven dalam kalangan pensyarah untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang bersesuaian dalam proses p&p menjadi salah satu punca kurangnya kemahiran insaniah diaplikasikan, Kajian ini bertujuan mengena1 pasti kesan kaedah pengajaran terhadap pengaplikasian kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan di politeknik Malaysia. 488 orang pelajar dan 332 orang pensyarah bidang kejuruteraan di PSP, POLIMAS, PSMZA, PKK, PKM dan PSIS telah disoal rnenggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian mendapati tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan di politeknik berada di tahap sederhana dan kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang paling kerap diaplikasikan oleh pelajar. Penggunaan kaedah p&p bagi mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan adalah berbeza-beza mengikut elemen kemahiran insaniah. Pengkaji mendapati kaedah projek berkesan bagi pengaplikasian kemahiran 'kepimpinan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, kemahiran berpasukan dan kemahiran keusahawanan. Kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berpasukan dapat diaplikasikan oleh pelajar secara efektif apabila pensyarah menggunakan kaedah amali manakala kemahiran komunikasi dapat diaplikasiakan melalui kaedah syarahan. Kajian ini turut mendapati kaedah lawatan berkesan bagi mengaplikasikan etika moral dan profesional dalam kalangan pelajar. Pengkaji juga mendapati terdapat hubungan antara tahap pengaplikasian elemen kemahiran insaniah dengan kaedah P&P yang digunakan oleh pensyarah. Berdasarkan hubungan tersebut, pengkaji telah menghasilkan model SoSTeM sebagai model aplikasi kemahiran insaniah untuk pelajar kejuruteraan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 02 May 2016 07:35
Last Modified: 02 May 2016 07:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7964
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year