UTHM Institutional Repository

Alternatif tanam semula kelapa sawit milik FELDA: implikasi kepada daya maju ladang

Md. Yassin, Azlina (2014) Alternatif tanam semula kelapa sawit milik FELDA: implikasi kepada daya maju ladang. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
vot_1003.pdf

Download (3MB)

Abstract

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya FELDA telah ditubuhkan lebih 50 tahun yang lalu merupakan sebuah agensi yang menguruskan pembangunan tanah luar bandar yang terbesar di Malaysia. Penubuhannya adalah bagi merealisasikan strategi pertanian Negara yang bertujuan untuk membangunkan tanah luar Bandar dan meningkatkan taraf hidup orang melayu. Sehingga kini, ribuan hektar kawasan luar Bandar telah dibangunkan oleh FELDA dengan penanaman kelapa sawit, getah, tebu dan sebagainya. Namun begitu, setelah lebih 50 tahun ditubuhkan, sehingga kini hampir semua kawasan ladang ini telah dibangunkan semua bagi memastikan FELDA terus menjana ekonomi Negara. Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur daya maju projek penanaman semula kelapa sawit milik FELDA yang dilaksanakan meialui dua pendekatan pengurusan yang berbeza iaitu melalui pengurusan FELDA clan pengurusan persendirian. Bagi merealisasikan objektif yang dirancang, kaedah temubual bersama pihak pengurusan FELDA dan peneroka di kawasan kajian dm penelitian dokumen berkaitan telah digunapakai di dalam kajian ini. Empat teknik pengukuran daya maju projek iaitu Teknik Pulangan Keseluruhan, Teknik Indeks Keuntungan, Teknik Kadar Pulangan Dalaman dan Teknik Nilai Kini Bersih. Pengiraan dilakukan berdasarkan kepada maklumat kos pengoperasian dan aliran pendapatan yang terlibat di kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pilihan penanaman semula kelapa sawit meunjukkan nilai positif (untung), namun pilihan penanaman semula kelapa sawit melalui pengurusan FELDA adalah lebih baik dengan indeks keuntungan yang lebih tinggi. Hasil kajian ini akan dapat membantu peneroka yang akan melaksanakan penanaman semula kelapa sawit supaya membuat pilihan yang tepat berdasarkan petunjuk keberuntungan.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: daya maju projek; FELDA; peneroka; penanaman semula kelapa sawit; persendirian; teknik pengukuran
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 02 May 2016 07:53
Last Modified: 02 May 2016 07:53
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7975
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year