UTHM Institutional Repository

Kajian terhadap penggunaan bolt bagi teknik penyambungan buluh dalam industri pembinaan

Salim, Salman (2015) Kajian terhadap penggunaan bolt bagi teknik penyambungan buluh dalam industri pembinaan. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
vot_1283.pdf

Download (3MB)

Abstract

Buluh merupakan salah satu bahan binaan yang mempunyai banyak kegunaan. Namun demikian, buluh jarang digunakan sebagai dalam pembinaan di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara luar yang menjadikan buluh sebagai bahan utama di dalam pembinaan. Kajian buluh di Malaysia masih belum dibuat dengan lebih terperinci. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kekuatan struktur sambungan buluh melibatkan kaedah sambungan bersama dan dibandingkan dengan kekuatan sampel kawalan buluh yang tidak disambung. Selain itu juga, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penggunaan buluh dan teknik-teknik penyambungan struktur buluh yang digunakan dalam industri pembinaan. Daripada ujian lenturan yang telah dilakukan terhadap semua sampel ini, nilai beban dan lenturan maksimum telah dibandingkan dengan nilai pengiraan teori berdasarkan kajian Janssen's. Struktur sambungan yang dapat menangung beban paling maksimum ialah struktur sambungan keratan buluh iaitu 5.997 kN. Sampel kawalan buluh menangung beban maksimum sebanyak 4.504 kN. Manakala sambungan separuh tindihan menggunakan 3 bolt dan 2 bolt ialah 4.789 kN dan 4.040 kN. Struktur sambungan yang menangung beban paling rendah ialah struktur sambungan plat sisi yang hanya menangung beban sebanyak 2,659 kN. Perbandingan nilai momen lenturan teori Janssen's didapati sernua sambungan tidak melepasi nilai momen lenturan maksimum yang dibenarkan. Ini menunjukkan kajian ini adalah mengikut standard yang dibenarkan oleh teori Janssen's. Kajian mendapati bahawa struktur sambungan yang sesuai digunakan dalam kerja-kerja pembinaan ialah struktur sambungan keratan buluh.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 May 2016 07:54
Last Modified: 03 May 2016 07:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7976
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year