UTHM Institutional Repository

Pelaksanaan dasar pengurusan sisa pepejal negara dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang

Ng, Lee Shan (2015) Pelaksanaan dasar pengurusan sisa pepejal negara dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang. Masters thesis, University Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NG_LEE_SHAN.pdf

Download (636kB)

Abstract

Kelemahan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor akan menyebabkan pengurusan sisa pembinaan tidak lestari terutamanya di kawasan kepulauan. Hal ini telah meningkat penjanaan sisa pembinaan di tapak pelupusan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang, kedua mengkaji kekangan pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dalam kalangan kontraktor industri pembinaan di Pulau Pinang dan ketiga, mengkaji elemen bagi merapatkan jurang pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor. Kaedah temu bual semistruktur dilakukan dengan Pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Seberang Perai serta CIDB Pulau Pinang. Manakala, kaedah soal selidik telah dilakukan dalam kalangan 61 orang kontraktor berdaftar gred G7, G6, G5 dengan CIDB di Pulau Pinang di mana kadar respon diterima sebanyak 49.6 peratus. Keputusan soal selidik menunjukkan hanya 21.3 peratus kontraktor menyatakan pengurangan sisa pepejal melalui 3R berkesan dilaksanakan seperti hasil temu bual menyatakan 3R masih terhad dilaksanakan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan lebih daripada 80 peratus kontraktor menyatakan sikap kontraktor dan sisa pembinaan yang tidak sesuai diguna semula dan kitar semula serta kekurangan ruang merupakan kekangan utama melaksanakan pengurangan sisa pepejal melalui 3R. Di samping itu, elemen penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan 3R dalam kalangan kontraktor dan kesedaran 3R dalam sektor pembinaan merupakan pendekatan yang sesuai merapatkan jurang antara pelaksanaan pengurangan sisa pepejal melalui 3R dengan pihak kontraktor di mana skor min tahap persetujuan melebihi 3.7. Penerapan pendekatan Atas-Bawah dalam elemen yang penting dicadangkan supaya dapat mengurangkan sisa pembinaan melalui 3R.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD785-812 Municipal refuse. Solid wastes
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 28 Apr 2016 03:55
Last Modified: 28 Apr 2016 03:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7985
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year