UTHM Institutional Repository

Khidmat komuniti siswa UTHM: pendekatan dan pelaksanaan

Sulong, Muhammad Suhaimi and Isa, Khairunesa and Idris, Mohd Safiee and Ali, Azita and Warman, Sarebah and Esa, Ahmad (2015) Khidmat komuniti siswa UTHM: pendekatan dan pelaksanaan. In: Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia -Malaysia (SKIMXIV 2015). Universiti Kebangsaan Malaysia, pp. 1005-1015. ISBN 9789832795346

[img]
Preview
PDF
ISBN_978-983-2795-34-6.pdf

Download (1MB)

Abstract

Khidmat komuniti merupakan salah satu elemen pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) dalam program sokongan yang berfokuskan bukan akademik. Kini ia dilaksanakan oleh banyak institusi pengajian tinggi dengan matlamat dan objektif yang agak sama tetapi dalam pelbagai pendekatan dan berbeza kaedah pelaksanaannya. Dengan mengambil konsep Kuliah Kerja Nyata (KKN) yang dipelopori oleh Universitas Gadja Madah di Indonesia, kertas kerja ini menghuraikan pendekatan dan pelaksanaan Khidmat Komuniti Siswa (KKS) sebagai projek rintis KKN oleh Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Seramai 350 mahasiswa yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat bermula pada sesi akademik 2013/2014 hingga sesi 2014/2015 telah mengikuti program KKS ini dan telah dilaksanakan di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor melalui Projek Rakan Komuniti UTHM. Konsep PDCA telah digunakan dan satu model telah dibangunkan iaitu Sepuluh Elemen KKS (I OE). Kewujudan elemen-elemen KKS ini diterapkan dalam diri mahasiswa bagi menjalankan proses pembangunan komuniti dengan memberi sumbangan kepada komuniti melalui cara pemindahan pengetahuan. Pemahaman terhadap elemen-elemen KKS ini adalah amat penting bagi membantu pembuat dasar dan pelaksana program dalam melancarkan usaha meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup komuniti setempat. Dengan itu, lahirlah sebuah komuniti yang maju, produktif dan terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan di samping melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan tinggi dan berdaya saing serta mempunyai nilai-nilai murni dan nilai tambah dalam diri setiap mahasiswa.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Date Deposited: 10 May 2016 03:29
Last Modified: 10 May 2016 03:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7998
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year