UTHM Institutional Repository

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor

Supramaniyam, Vespanathan (2015) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH MENENGAH BESTARI full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan, mudah guna, sikap dan tahap keinginan terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan TMK berdasarkan Model TAM. Sebanyak 150 buah sekolah telah terpilih dari sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) luar bandar di negeri Johor. Seramai 225 orang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK), 125 orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 65 orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah dipilih secara rawak sebagai sampel dalam kajian ini. Jumlah responden adalah seramai 415 orang. Reka bentuk Kajian ini berbentuk diskritif yang melibatkan mi, median dan sisihan piawai. Instrumen kajian adalah berbentuk set soal selidik yang telah diubah suai daripada Mohamad Chattur Indiana Universiti California yang berbentuk likert. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru dari SK, SJKC dan SJKT menunjukkan tahap min yang positif dalam aspek tahap penggunaan, tahap mudah guna dan faktor-faktor luaran terhadap penggunaan TMK dan tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru SK, SJKC dan SJKT dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Manakala sikap dan tahap keinginan terdapat perbezaan kesignikan. Sementara itu, faktor luaran kurang atau tidak menghalang guru-guru tersebut daripada menggunakan TMK dalam PdP mereka. Guru-guru SK menunjukkan tahap min yang tertinggi dalam kesemua aspek yang dikaji, diikuti oleh guru-guru SJKT dan SJKC. Keadaan yang positif dan kondusif ini seharusnya mendorong guru dan pihak pentadbir untuk meningkatkan keberkesaanan PdP mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah luar bandar negeri Johor.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 17 May 2016 06:29
Last Modified: 28 Nov 2019 03:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8014
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year