UTHM Institutional Repository

Tahap kepuasan penumpang terhadap kualiti perkhidmatan didalam keretapi: kajian kes ETS Ipoh-Sentral Kuala Lumpur

Kamarulzaman, Rabi'atul Adawiyah (2015) Tahap kepuasan penumpang terhadap kualiti perkhidmatan didalam keretapi: kajian kes ETS Ipoh-Sentral Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
rabi'atul_adawiyah_kamarulzaman.pdf

Download (3MB)

Abstract

Daripada kajian lalu, beberapa masalah berkaitan perkhidmatan komuter KTMB masih menerima aduan daripada penumpang seperti keselamatan, kelewatan, masalah kekurangan pengurusan teknikal, tiada pemantauan dan sistem penyampaian maklumat (Bachok et al, 2013) dan kualiti perkhidmatan masih tidak menepati kepuasan penumpang (Liu dan Guan, 2009). Tujuan utarna kajian ini ialah mengukur tahap kepuasan penumpang terhadap perkhidmatan dan kemudahan di dalam koc keretapi ETS. Kajian ini dijalankan di laluan Ipoh - Sentral Kuala Lumpur. Sebanyak 390 borang kaji selidik diperolehi dari penumpang. Soal selidik yang diedarkan mengandungi soalan berkaitan tahap keselesaan, keselamatan, kebersihan, kebolehpercayaan perkhidmatan, penyampaian maklumat dan kemudahan OKU. Analisis yang dijalankan menunjukkan secara keseluruhan skor min bagi tahap kepuasan penumpang terhadap kemudahan dan perkhidmatan di dalam koc keretapi berada dalam lingkungan 3.41 - 4.20. Ini menunjukkan tahap kemudahan dan perkhidmatan berada pada kualiti yang baik. Selain itu, kepuasan penumpang didapati dipengaruhi secara signifikan oleh faktor kebolehpercayaan perkhidmatan (r=0.681), penyampaian maklumat (r=0.674), keselesaan (r=0.652), kebersihan (r=0.634), keselamatan (r=0.622) dan kemudahan OKU (~0.470). Bagi analisis regresi, menunjukkan bahawa kebolehpercayaan perkhidmatan merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi kepuasan penumpang di dalam koc keretapi iaitu 25.7% (P=0.257) berbanding faktor yang lain. Kajian ini, boleh dijadikan asas dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan koc keretapi sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TF Railroad engineering and operation
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 18 May 2016 06:20
Last Modified: 18 May 2016 06:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8024
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year