UTHM Institutional Repository

Pembangunan kerangka makmal fiqh di Universiti Awam Malaysia

Wan Zahari, Wan Ainaa Mardhiah (2015) Pembangunan kerangka makmal fiqh di Universiti Awam Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
wan_ainaa_mardhiah_wan_zahari.pdf

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina kerangka Makmal Fiqh di Universiti Awam Malaysia. Objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran Fiqh berasaskan pengalaman yang terdapat di Universiti Awam Malaysia dan juga mengenal pasti keperluan kerangka Makmal Fiqh berinovatif berasaskan konsep Fiqh Islam setemsnya rnencadangkan kerangka Makmal Fiqh berinovatif untuk subjek Fiqh Ibadah. Kajian ini melibatkan pelajar jurusan Fiqh dan Syariah di empat buah universiti awam; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia 0U,niversiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kajian ini menggunakan gabungan antara pendekatan kualitatif dan kuantitatif, Pendekatan kualitatif melibatkan penggunaan kaedah temubual yang dijalankan kepada 10 orang pakar dalam bidang Fiqh dan Syariah. Manakala pendekatan kuantitatif pula adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik kepada para pelajar jurusan Fiqh dan Syariah di USIM, UKM, UM dan UIAM. Kedua-dua kaedah fi digunakan untuk mengetahui pandangan responden terhadap cadangan penubuhan Makmal Fiqh untuk subjek Fiqh Ibadah di Universiti Awam Malaysia. Hasil data temubual dianalisis menggunakan analisis kandungan (content analysis). Manakala data tinjauan soal selidik pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian utarna menunjukkan 1 00% responden bersetuju dengan cadangan penubuhan Makmal Fiqh. Hasil dapatan adalah pembinaan 12 kriteria yang perlu ada pada Makmal Fiqh serta 3 cadangan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil dalam Makmal Fiqh. Selain itu, 15 keperluan dan peralatan yang diperlukan dalam Makmal Fiqh dihasilkan di samping 6 ciri-ciri yang dapat membezakan Makmal Fiqh dengan makmal-makmal pengaj man dan pembelajaran (P&P) yang lain turut dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jun 2016 04:09
Last Modified: 12 Jun 2016 04:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8030
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year