UTHM Institutional Repository

Kesan pemadanan antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran pada laman web adaptif terhadap tahap penguasaan dan kepuasan pelajar kejuruteraan elektrik

Ibrahim, Jeffri Amran (2015) Kesan pemadanan antara persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran pada laman web adaptif terhadap tahap penguasaan dan kepuasan pelajar kejuruteraan elektrik. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
JEFFRI_AMRAN_BIN_IBRAHIM.pdf

Download (1MB)

Abstract

Sistem hipermedia pembelajaran adaptif adalah salah satu pendekatan pembelajaran baru yang muncul hasil dari teknologi Internet. Pendekatan ini telah dihasilkan dari kajian yang telah dilakukan ke atas hipermedia dan permodelan pengguna dengan mengambikira faktor perbezaan individu semasa pembangunan sistem. Tujuan kajian ini adalah merekabentuk satu laman pembelajaran adaptif yang berfungsi sebagai prototaip sistem tutorial secara atas talian bagi subjek Sistem Berdigit. Persembahan multimedia bagi bahan, alatan pembelajaran, dan kaedah navigasi telah dipadankan mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pelajar. Kandungan pembelajaran bagi laman statik telah dipersembahkan di dalam bentuk teks dan gambarajah sematamata tanpa kawalan audio. Seramai 275 orang pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultanah Bahiyah, dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah dipilih sebagai sampel kajian bagi mewakili populasi pelajar semester dua Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang mengikut program di peringkat sijil atau diploma. Instrumen utama kajian ini adalah laman web kajian i-Digiweb yang terdiri daripada laman web adaptif dan laman web statik yang masing-masing direkabentuk sebagai laman web eksperimen dan laman web kawalan untuk diuji oleh sampel pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen di mana sampel pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut laman web yang dikunjungi sama ada laman web yang adaptif atau laman web statik. Kesan sesi pembelajaran diukur secara atas talian melalui dua pembolehubah bersandar, iaitu tahap kepuasan dan tahap penguasaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kumpulan adaptif adalah jauh lebih tinggi daripada tahap kepuasan untuk kumpulan statik. Tahap penguasaan kumpulan adaptif juga jauh lebih tinggi daripada tahap penguasaan untuk kumpulan statik. Ini telah membuktikan bahawa laman web pembelajaran adaptif adalah lebih baik daripada laman web pembelajaran yang direka dalam bentuk teks dan gambarajah sahaja. Ia juga menunjukkan bahawa laman web di mana persembahan multimedia disesuaikan dengan profil gaya pembelajaran pelajar telah dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 30 May 2016 08:31
Last Modified: 30 May 2016 08:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8039
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year