UTHM Institutional Repository

Kecekapan pembelajaran berasaskan model contoh-masalah dalam pembelajaran teori litar

Jalani, Noor Hisham (2015) Kecekapan pembelajaran berasaskan model contoh-masalah dalam pembelajaran teori litar. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NOOR_HISHAM_BIN_JALANI.pdf

Download (264kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan model Pembelajaran Berasaskan Contoh-Masalah (PBCM) terhadap pemerolehan pengetahuan, pemindahan pembelajaran, dan usaha mental pelajar. Kesan pemboleh ubah-pemboleh ubah ini terhadap kecekapan pembelajaran turut dikaji. Satu eksperimentasi menggunakan reka bentuk ujian-pra dan ujian-pos telah dilaksanakan terhadap pelajar semester pertama program Diploma Teknologi Mekatronik (DEM) yang mengambil kursus Teori Litar (DEM1313) di ADTEC. Pelajar telah dipilih dan diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan menggunakan teknik dua peringkat persampelan kelompok. Kaedah PBCM telah dilaksanakan terhadap kumpulan rawatan (n = 19) selama lapan minggu, manakala kaedah pengajaran tradisional sedia ada berasaskan Pengajaran Langsung (PL) dikekalkan bagi kumpulan kawalan (n = 19) sebagai perbandingan kesahihan dapatan. Para pelajar telah melengkapkan tiga jenis instrumen iaitu: ujian Pemerolehan Pengetahuan, ujian Pemindahan Pembelajaran, dan skala sembilan-mata Usaha Mental. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan prosedur MANCOVA dan ujian-t sampel bebas. Didapati, pemerolehan pengetahuan [F (1,38) = 4.55, p < 0.05] dan prestasi pemindahan [F (1,38) = 18.37, p < 0.05] pelajar dalam kumpulan PBCM lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Manakala dari segi usaha mental, walaupun tiada perbezaan di kedua-dua kumpulan semasa ujian pemerolehan pengetahuan, namun usaha mental pelajar kumpulan PBCM semasa ujian pemindahan [F (1,38) = 13.87, p < 0.05] dan fasa pembelajaran [t (36) = -4.20, p < 0.05] lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Kumpulan PBCM turut mencatatkan kecekapan pembelajaran positif [t (36) = 4.33, p < 0.05] mengatasi kumpulan kawalan. Kesimpulannya, PBCM meningkatkan pemerolehan pengetahuan, pemindahan pembelajaran, dan pada masa yang sama mengurangkan usaha mental semasa ujian pemindahan pembelajaran dan fasa pembelajaran; seterusnya meningkatkan kecekapan pembelajaran.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 30 May 2016 07:03
Last Modified: 30 May 2016 07:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8045
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year