UTHM Institutional Repository

Peranan teknologi dalam pengurusan harta tanah Islam: kajian penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (PTPI)

Mohamad Daud, Noor Shafiqah and Sulaiman, Noralfishah (2013) Peranan teknologi dalam pengurusan harta tanah Islam: kajian penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (PTPI). In: International Convention on Islamic Management (ICIM) 2013, 27-28 November 2013, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tanah perkuburan adalah satu keperluan asas yang sama pentingnya dengan kemudahan asas yang lain terhadap komuniti di Malaysia terutamanya kepada komuniti Islam. Ia merupakan satu kawasan di mana jasad orang yang telah meninggal dunia dikebumikan. Amalan Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (SPTPI) yang konvensional tanpa aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Malaysia mempunyai banyak kelemahan. Ruang pengkebumian yang tidak mencukupi, infrastruktur yang tidak sempurna, landskap yang tidak terurus dan orientasi susunan pusara yang tidak teratur adalah diantara masalah-masalah yang kritikal yang dihadapi dalam SPTPI. Masalah-masalah ini menyebabkan keadaan harta tanah ini semakin kritikal dari semasa ke semasa. Malah, perkara ini menyebabkan komuniti kurang berminat untuk menziarahi tanah perkuburan dan menyokong mentaliti masyarakat mengenai perkara khurafat. GIS merupakan satu sistem maklumat yang berasaskan komputer yang boleh menyunting, menyimpan, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan maklumat spatial dan atribut bagi menyelesaikan pelbagai masalah perancangan dan pengurusan. Gabungan GIS dengan capaian internet menjadikan sistem ini lebih mudah dan efisyen khususnya dalam menggunapakai data reruang untuk analisis kegunaan tanah, pengurusan aset dan termasuklah pengurusan tanah perkuburan. Menyedari keupayaan GIS dalam pengurusan perkuburan, maka kertas kerja ini akan membincangkan peranan GIS dalam membantu meningkatkan kecekapan SPTPI samada melalui pangkalan data atau interaksi peta yang dihasilkan oleh aplikasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Peranan, Sistem Maklumat Geografi (GIS); Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (SPTPI)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:39
Last Modified: 13 Aug 2018 03:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8177
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item