UTHM Institutional Repository

Kesan stress terhadap pencapaian akademik dan personaliti pelajar politeknik

Mohd Mokhtar , Nur Faridah Hanim (2007) Kesan stress terhadap pencapaian akademik dan personaliti pelajar politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_KESAN_STRESS_TERHADAP_PENCAPAIAN_AKADEMIK_DAN_PERSONALITI_PELAJAR_POLITEKNIK.pdf

Download (1MB)

Abstract

Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat umum untuk melahirkan warganegara yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Isu yang kritikal bagi stress di kalangan pelajar adalah kesannya terhadap pembelajaran. Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan stress tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri. Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengetahui kesan stress terhadap pencapaian akademik dan personaliti pelajar politeknik. Kajian telah dijalankan terhadap 311 orang responden yang terdiri daripada pelajar politeknik (POLIMAS, PTSS dan PSP). Kaedah pengumpulan data ialah dengan mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi maklumat latar belakang pelajar, tahap bebanan, tahap stress, personaliti dan pencapaian akademik pelajar. Ujian ANOVA digunakan untuk melihat perbezaan tahap stress antara pelajar Jabatan Mekanikal, Elektrik dan Awam. Keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara pelajar berlainan pengkhususan. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat perhubungan antara stress dengan bebanan, personaliti dan pencapaian akademik (CGPA). Analisis mendapati terdapat hubungan yang yang sederhana tetapi signifikan antara stress dengan bebanan dan personaliti. Hubungan antara stress dengan pencapaian akademik pula adalah tidak signifikan. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati individu di bawah tahap stress yang sederhana dan tahap stress yang tinggi mendapat pencapaian akademik yang kurang berbanding dengan pelajar yang mempunyai tahap stress biasa. Mekanisma yang menjelaskan mengapa pelajar menunjukkan prestasi yang buruk disebabkan stress adalah cara pemikiran mereka sendiri. Sekiranya mereka mudah berputus asa, mereka tidak dapat berusaha untuk meningkatkan pencapaian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 06 Apr 2011 01:59
Last Modified: 29 Apr 2011 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/822
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year