UTHM Institutional Repository

Tahap penggunaan teknologi maklumat sebagai pemudah komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan pensyarah politeknik

Abd Aziz , Siti Fauziah (2007) Tahap penggunaan teknologi maklumat sebagai pemudah komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan pensyarah politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_TAHAP_PENGGUNAAN_TEKNOLOGI_MAKLUMAT_SEBAGAI_PEMUDAH_KOMUNIKASI_DALAM_PROSES_PENGAJAR.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah terbukti berkesan dalam memberi sumbangan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan. Perkembangan pendidikan di Malaysia dalam pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion perguruan. Malaysia memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan teknologi maklumat. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah di Politeknik . Kajian ini mengaplikasikan Technology Acceptance Model (TAM) sebagai landasan rekabentuk kajian . Responden kajian terdiri daripada 181 orang pensyarah Politeknik Johor Bharu. Instrumen yang digunakan ialah melalui agihan borang soal selidik yang terbentuk daripada item-item kebolehgunaan, kegunaan dan indikator pemudah komunikasi dan dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0) untuk mendapatkan skor min, dan menguji hipotesis nul bagi Ujian Kolerasi spearmen dengan aras keertian ditetapkan pada 0.01. Dapatan kajian menunjukkan kebolehgunaan dan kegunaan teknologi maklumat dalam kalangan pensyarah berada pada tahap yang tinggi (min= 4.13, 4.02 masing-masing). Sementara itu, hubungan antara kebolehgunaan dan kegunaan dengan tahap penggunaan teknologi maklumat adalah positif dan tinggi (r=0.506 dan r=0.618). Sehubungan dengan keputusan yang telah diperolehi kemahiran teknologi maklumat perlu dipertingkatkan secara berterusan dalam kalangan pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 06 Apr 2011 02:29
Last Modified: 29 Apr 2011 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/832
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year