UTHM Institutional Repository

Tun Dr. Ismail: merintis kepimpinan berintegriti

Suhaimy, Khairul Azman and Othman, Hussain and Ibrahim, Mustaffa (2012) Tun Dr. Ismail: merintis kepimpinan berintegriti. Penerbit UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. ISBN 9789670468235

Full text not available from this repository.

Abstract

Penulisan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghargai jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita. Antaranya, kejayaan memulihkan keamanan selepas Peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang mengagumkan semua pihak. Oleh itu, penulisan buku ini menggunakan pendekatan secara tema, gambar termasuk petikan akhbar yang mudah dan santai dalam menelusuri sumbangan tokoh ini.Ia menggunakan pendekatan ini kerana kekangan bahan dan masa berkaitan dengan tokoh ini. Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali dengan lebih dekat perwatakan beliau. Antaranya tegas. jujur dan berani menghadapi cabaran dalam memikul tanggungjawab. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk “Tun Dr. Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti” akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan negarawan ini untuk diteladani. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, dikenali dengan nama ringkasnya TDI - Telus, Dinamik dan Integriti. Ini adalah nilai-nilai teras yang selari dengan matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melahir dan membentuk pemimpin masa depan. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan negarawan yang menjadi fokus dalam penulisan ini.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Politicians; Malaysia; biography; politics; government
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 05 Jun 2017 00:48
Last Modified: 05 Jun 2017 00:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8501
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item