UTHM Institutional Repository

Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknik

Mohamad , Siti Khatijah (2008) Hubungan antara jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar sekolah menengah teknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
24_Pages_from_HUBUNGAN_ANTARA_JENIS_BAHAN_BACAAN_DENGAN_GAYA_PEMBELAJARAN_PELAJAR_SEKOLAH_MENENGAH.pdf

Download (1MB)

Abstract

Membaca merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran kerana membaca merupakan asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukandalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, belum ada lagi kajian yang melibatkan jenis bahan bacaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, satu kajian mengenai sejauh mana jenis bahan bacaan memberi kesan ke atas gaya pembelajaran pelajar dijalankan. Kajian yang dijalankan melibatkan empat buah sekolah menengah teknik yang mewakili pelajar tingkatan empat bagi sekolah menengah teknik seluruh semenanjung Malaysia dan responden seramai 445 orang. Sampel kajian diperoleh dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan melibatkan indikator pengukuran bagi j enis bahan bacaan dan gaya pembelajaran yang diamalkan. Hasil analisis yang dijalankan daripada data yang diperoleh mendapati bahawa, bahan bacaan komik menjadi bahan bacaan utama pelajar. Namun tahap pembacaan keseluruhan pelajar adalah masih di peringkat sederhana. Gaya pembelajaran yang paling tinggi diamalkan oleh pelajar adalah gaya pembelajaran secara pragmatis diikuti oleh gaya pembelajaran reflektif. Daripada analisis yang dijalankan didapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara jenis bahan bacaan yang dibaca dengan gaya pembelajaran yang diamalkan. Gaya pembelajaran reflektif dilihat mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan bahan bacaan politik yang dibaca pelajar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawajenis bahan bacaan yang dibaca mempengaruhi gaya pembelajaran yang diamalkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 08 Apr 2011 01:54
Last Modified: 29 Apr 2011 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/860
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year