UTHM Institutional Repository

Hubungan antara beban tugas dengan keresahan guru sekolah menengah teknik di Johor

Mohamad , Norliana (2007) Hubungan antara beban tugas dengan keresahan guru sekolah menengah teknik di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_HUBUNGAN_ANTARA_BEBAN_TUGAS_DENGAN_KERESAHAN_GURU_SEKOLAH_MENENGAH_TEKNIK_DI_JOHOR.pdf

Download (1MB)
[img] PDF (Full Text)
HUBUNGAN_ANTARA_BEBAN_TUGAS_DENGAN_KERESAHAN_GURU_SEKOLAH_MENENGAH_TEKNIK_DI_JOHOR_full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Isu beban tugas mendapat perhatian yang meluas di Malaysia apabila ada guru-guru menghadapi keresahan atau keletihan emosi akibat dari beban tugas berlebihan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara beban tugas dengan keresahan guru sekolah yang mana beban tugas dan keresahan guru merupakan pemboleh ubah bersandar sementara latar belakang reponden adalah pemboleh ubah bebas. Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory - Educators Survey (MBI-ES) (1966) yang telah diubahsuai bagi mengukur tahap keresahan guru. Keresahan ini berdasarkan tiga subskala MBI-ES iaitu keletihan emosi, gangguan keperibadian kendiri dan pencapaian peribadi. Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti tahap beban tugas mengajar dan bukan mengajar serta keresahan yang dialami oleh guru di tujuh buah Sekolah Menengah Teknik di Johor. Seramai 277 orang guru telah menjadi responden iaitu SMT Kluang, SMT Kota Tinggi, SMT Muar, SMT Perdagangan Johor Bahru, SMT Pontian, SMT Segamat dan SMT Tanjung Puteri, Johor. Perisian Statistical Package for Social Science version 12 for Windows (SPSS v!2) digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan bagi kesemua item yang dibangunkan. Manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan secara statistik antara beban tugas dengan tiga subskala keresahan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan pada tahap yang sangat lemah antara beban tugas dengan subskala gangguan keperibadian kendiri. Manakala tidak terdapat hubungan antara beban tugas dengan subskala keletihan emosi dan pencapaian peribadi. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara keletihan emosi dengan gangguan keperibadian kendiri pada tahap signifikan 0.01 iaitu nilai kekuatan korelasi ialah 0.610 manakala nilai signifikannya ialah 0.00. Di sini, terdapat hubungan yang sederhana antara dua pemboleh ubah tersebut. Cadangan juga telah diberikan bagi membantu menyelesaikan masalah beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru SMT.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 08 Apr 2011 01:54
Last Modified: 06 Aug 2019 06:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/861
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year