UTHM Institutional Repository

Kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelajar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik

Montel, Nur Amalina (2007) Kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelajar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24_Pages_from_KECENDERUNGAN_PEMILIHAN_BIDANG_PENGKHUSUSAN_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_UTHM_DAN_HUBUNGAN.pdf

Download (664kB)
[img] Text (Full Text)
KECENDERUNGAN PEMILIHAN BIDANG PENGKHUSUSAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEN full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelaj ar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 285 pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di UTHM telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden telah dipilih secara rawak mudah. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item soalan telah digunakan sebagai instrumen yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Hasil dapatan kajian ini telah dianalisis secara deskriptif di dalam Bahagian A dan inferens di dalam Bahagian B dengan menggunakan perisian SPSS ver. 12.0. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa lima faktor yang dikaji iaitu minat, pengaruh ibu bapa, cita-cita, pencapaian akademik terdahulu dan peluang kerjaya sememangnya mempengaruhi dalam pemilihan bidang pengkhususan pelajar. Manakala, hasil dapatan bagi minat, pengaruh ibu bapa dan peluang kerjaya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antaranya dengan pencapaian akademik. Sebaliknya hanya faktor cita-cita dan pencapaian akademik terdahulu mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik, walau bagaimanapun ianya adalah pada tahap yang sangat lemah. Dua daripada lima hipotesis yang dibentuk ditolak, manakala tiga lagi tidak ditolak.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 08 Apr 2011 01:59
Last Modified: 06 Jan 2020 02:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/862
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year