UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran aturcara mikropemproses 68000

Ismail, Amirul (2003) Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran aturcara mikropemproses 68000. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PEMBELAJARAN_ATUCARA_MIKROPEMPROSES_68000.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN ATUCARA MIKROPEMPROSES 68000 full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan dan menguji Modul Pembelajaran Mikropemproses Aturcara 68000. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan modul yang mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk proses pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai modul dan aspek mesra pengguna dan juga untuk menentukan kebolehlaksanaan modul yang dihasilkan dalam proses pembelajaran . Responden seramai 46 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik tahun akhir di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja Batu Pahat. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan. Instrumen dalam kajian ini modul itu sendiri dan borang soal selidik. Hasil dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul seperti ini perlu dihasilkan untuk membantu di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min sebanyak 2.77. Modul yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri mesra pengguna yang sangat memuaskan iaitu skor min 3.15 dan modul ini juga mempunyai kebolehlaksanaan yang sangat memuaskan di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min sebanyak 3.07. Kajian yang dijalankan juga didapati telah mencapai keseluruhan objektif yang ingin dikaji terhadap modul pembelajaran yang dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 14 Apr 2011 00:42
Last Modified: 14 Jan 2020 02:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/872
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year