UTHM Institutional Repository

Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan contoh: satu sorotan literatur dari perspektif teori beban kognitif

Jalani, Noor Hisham and Lai, Chee Sern (2015) Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan contoh: satu sorotan literatur dari perspektif teori beban kognitif. Jurnal Dinamika Pendidikan dan Pengajaran, 1 (1).

Full text not available from this repository.

Abstract

Teori Beban Kognitif mencadangkan agar proses pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif pelajar. Ini bertujuan, selain prestasi pencapaian, hasil pembelajaran perlu merujuk kepada usaha mental yang telah diperuntukkan dalam menyelesaikan tugasan semasa fasa pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang cekap dan berkesan sepatutnya berupaya meningkatkan prestasi pencapaian dengan usaha mental yang rendah berbanding kaedah pembelajaran yang turut memperoleh prestasi pencapaian yang sama tetapi memerlukan usaha mental yang lebih. Aktiviti pembelajaran yang memerlukan kapasiti kognitif yang melebihi hadnya akan menyebabkan pembelajaran terhalang. Oleh itu, strategi pembelajaran yang mengoptimumkan peruntukan sumber kognitif adalah penting untuk menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran tersebut. Artikel ini membincangkan keberkesanan dua kaedah pembelajaran, iaitu Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Contoh dari perspektif Teori Beban Kognitif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran berasaskan masalah; pembelajaran berasaskan contoh; teori beban kognitif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:36
Last Modified: 13 Aug 2018 03:36
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8723
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item