UTHM Institutional Repository

Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis mengandungi habuk kayu gergaji

Jaafar, Azman (2004) Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis mengandungi habuk kayu gergaji. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KAJIAN_SIFAT_MEKANIKAL_PAPAN_SERPAI_BERLAPIS_MENGANDUNGI_HABUK_KAYU_GERGAJI.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
KAJIAN SIFAT MEKANIKAL PAPAN SERPAI BERLAPIS MENGANDUNGI HABUK KAYU GERGAJI full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat mekanikal papan serpai berlapis yang mengandungi habuk kayu gergaji. Di samping itu, perbandingan dengan papan serpai homogen turut dijalankan. Dalam kajian ini, habuk kayu gergaji dari pelbagai spesis kayu tropika digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pengeluaran kedua- dua papan serpai dengan sasaran ketumpatan 750 kg/m3. Struktur papan serpai homogen dibuat dengan satu saiz partikel habuk kayu iaitu 0.6mm — 1.18mm, manakala papan serpai berlapis diperbuat dengan 2 saiz partikel yang berlainan iaitu 0.6 mm - 1.18mm di bahagian permukaan atas dan bawah manakala 1.18mm — 2.36mm pada bahagian tengah. Ianya membentuk 3 lapisan dengan nisbah ketebalan 25 : 50 : 25 (ketumpatan sisi). Urea formaldehyde digunakan sebagai bahan perekat dalam pembuatan kedua-dua papan serpai tersebut iaitu 12% pada partikel bersaiz 0.6mm - 1.18mm dan 9 % pada saiz partikel 1.18 —2.36mm , pengeras 3 % dan lilin 1 %. Polietilena digunakan pada kadar yang sama antara papan serpai homogen dan berlapis mengikut peratusannya ( 0%, 10%, 20%, 30%,40% ). Modulus kekenyalan, modulus kehancuran, pengembangan ketebalan, ikatan dalaman dan serapan air bagi papan lapis tersebut telah ditentukan mengikut BS EN (British Standard). Hasil kajian mendapati, 70% habuk kayu gergaji dan 30% polietilena adalah kadar optimum bagi menghasilkan papan serpai berlapis yang memenuhi piawaian kecuali modulus kekenyalan dan kehancuran yang mana ianya mempunyai kekuatan 40% -50% daripada keperluan sebenar. Walau bagaimanapun papan serpai ini sesuai untuk kegunaan produk dalaman yang bebas dari tekanan seperti siling, lantai dan lain-lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 14 Apr 2011 00:52
Last Modified: 14 Jan 2020 02:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/873
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year