UTHM Institutional Repository

Nilai dan strategi unggul pemimpin dalam menangani masalah ekonomi : analisis daripada kisah Nabi Yusuf

Jaes, Lutfan and Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2016) Nilai dan strategi unggul pemimpin dalam menangani masalah ekonomi : analisis daripada kisah Nabi Yusuf. Journal On Leadership And Policy, 1. pp. 67-85. ISSN 01270869

Full text not available from this repository.

Abstract

Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya sistem ekonomi di bawah pimpinannya dapat berjalan dengan telus, cekap, profesional dan mencapai matlamat. Kertas kerja ini berusaha untuk melihat amalan unggul pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kemarau pada zaman baginda. Penelitian dilakukan secara induktif dengan memberikan perhatian kepada seluruh surah Yusuf (12:1-111). Manakala pemerhatian deskriptif terpilih kemudiannya dilakukan pada ayat-ayat surah tertentu bagi tujuan penulisan ini. Ia turut mengambil kira pandangan ahli akademik, politik dan ekonomi lainnya. Hasil penelitian mendapati bahawa nilai-nilai unggul seperti ketaqwaan (at-taqwa), kebertanggungjawaban (mas’iliyyah) dan keadilan (’adalah) diperlukan bagi seorang pemimpin dalam mengurus ekonomi. Manakala kaedah penyimpanan yang baik, pembinaan bidang-bidang utama ekonomi dan mekanisme pengawalan yang objektif adalah antara strategi terbaik yang harus diamalkan. Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman. Diharapkan penulisan ini mampu memberi refleksi serta idea bagi melihat semula amalan unggul (menyeluruh) yang harus ada bagi seorang pemimpin dalam mengurus kejayaan ekonomi dan pembangunan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengurusan krisis ekonomi; pemimpin dan kepimpinnan; nilai unggul; Yusuf
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:25
Last Modified: 13 Aug 2018 03:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8778
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item