UTHM Institutional Repository

Kajian pembinaan laman web dakwah untuk tekno daie : analisis terhadap model penilaian laman web dakwah di Malaysia

Mohamad Salih, Mohamad Adib (2015) Kajian pembinaan laman web dakwah untuk tekno daie : analisis terhadap model penilaian laman web dakwah di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
MOHAMAD_ADIB_BIN_MOHAMAD_SALIH.pdf

Download (1MB)

Abstract

Laman web merupakan satu medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan dakwah Islam. Penggunaannya yang begitu meluas sehingga banyak laman web khususnya laman web dakwah telah dibangunkan. Walaupun begitu, tidak semua laman web dakwah yang dibangunkan mampu bertahan lama dan menarik minat pengguna untuk diakses. Ini disebabkan persaingan yang banyak serta kurang dari segi kualiti dan keberkesanannya. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti elemen utama dalam laman web dakwah melalui kajian ke atas model penilaian web dakwah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pandangan pakar terhadap ciri-ciri reka bentuk dan isi kandungan laman web dakwah dan menilai tahap keperluan garis panduan pembinaan laman web dakwah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menilai pandangan pakar terhadap ciri-ciri reka bentuk dan isi kandungan laman web dakwah melalui proses temu bual yang melibatkan 7 orang pakar. Manakala pendekatan kedua adalah melalui tinjauan kaji selidik yang melibatkan 171 orang responden yang memfokuskan kepada tahap keperluan cadangan garis panduan pembinaan laman web dakwah. Analisis bagi data temu bual adalah dengan menilai setiap pandangan dengan menyenaraikan setiap pandangan berpandukan elemen-elemen utama laman web dakwah, manakala data yang diperolehi melalui soal selidik telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistial Package for Social Science (SPSS). Hasil dapatan data temu bual menunjukkan semua pakar menyokong cadangan menghasilkan garis panduan pembinaan web dakwah. Bagi dapatan kajian untuk kaji selidik, analisis min bagi menilai pandangan pelajar terhadap elemen-elemen tersebut menunjukkan nilai yang tinggi iaitu antara 4.12 hingga 4.64. Keseluruhannya menunjukkan kesemua responden memberikan pandangan yang positif terhadap elemen-elemen utama web dakwah dan mencadangkan agar dapat menghasilkan garis panduan tersebut. Penemuan hasil kajian ini dijangka dapat membantu tekno daie untuk membangunkan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan laman web dakwah mereka berpandukan garis panduan ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 05 Feb 2017 07:34
Last Modified: 05 Feb 2017 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8844
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year