UTHM Institutional Repository

Glass ceiling factor wanita dalam membina kerjaya sebagai jurutera

Naan, Siti Nazha (2008) Glass ceiling factor wanita dalam membina kerjaya sebagai jurutera. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_GLASS_CEILING_FACTOR_WANITA_DALAM_MEMBINA_KERJAYA_SEBAGAI_JURUTERA.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
GLASS CEILING FACTOR WANITA DALAM MEMBINA KERJAYA SEBAGAI JURUTERA full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Penglibatan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan bukanlah satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Dilihat, kemasukan pelajar wanita dalam bidang kejuruteraan ini adalah memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila dilihat pada jumlah jurutera wanita. Ini disebabkan, terdapat satu faktor yang menjadi penghalang wanita dalam meneruskan kerjaya mereka sebagai jurutera iaitu ia dipanggil sebagai 'glass ceiling factor' atau faktor penghalang di mana ia merupakan satu tanggapan yang wujud apabila tidak ada kepercayaan dalam diri wanita tersebut terutama wanita yang telah berumahtangga. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji fenomena glass ceiling factor wanita dalam membina kerjaya sebagai jurutera. Kajian adalah berbentuk kajian kualitatif, kajian menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Oleh itu, persampelan bertujuan digunakan (purposive sampling). Di mana ia merujuk kepada sekumpulan subjek yang mempunyai cirri-ciri tertentu yang dipilih sebagai responden kajian. Jenis kajian ini ialah Phenomenological Study iaitu kajian yang menghuraikan tentang pengalaman dalam kehidupan individu tertentu secara mendalam. Persampelan data di dalam kajian ini adalah seramai 8 orang wanita yang terdiri daripada jurutera wanita dan jurukur bahan iaitu wanita yang terlibat dengan bidang pembinaan. Dalam kajian berbentuk kualitatif ini, pengkaji merupakan instrument terpenting, Walaubagaimanapun untuk tujuan pengesahan yang lebih baik, rakaman suara digunakan bagi memudahkan analisis data dijalankan. Hasil daripada data temu bual, dapatan kajian yang diperolehi adalah bersesuaian dengan kehendak persoalan kajian. Di mana terdapat enam faktor dalam glass ceiling factor yang menjejaskan wanita. Menjawab persoalan ke dua, terdapat Sembilan perkara yang disenaraikan dalam mengatasi masalah glass ceiling factor yang dinyatakan oleh responden. Manakala persoalan terakhir, mendapati terdapat dua bentuk perubahan terhadap kerjaya wanita sebagai jurutera disebabkan pengaruh glass ceiling factor.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 11 Apr 2011 04:39
Last Modified: 06 Jan 2020 06:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/885
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year