UTHM Institutional Repository

Perlaksanaan latihan industri dalam meningkatkan kebolehkerjaan: satu kajian kes pelajar-pelajar bidang perhotelan di politeknik johor bahru

Mohd Jelani, Anida (2007) Perlaksanaan latihan industri dalam meningkatkan kebolehkerjaan: satu kajian kes pelajar-pelajar bidang perhotelan di politeknik johor bahru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
Copyright Declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (321kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 Pages)
24_Pages_from_PERLAKSANAAN_LATIHAN_INDUSTRI_DALAM_MENINGKATKAN_KEBOLEHKERJAAN_-__SATU_KAJIAN_KES_P.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
PERLAKSANAAN_LATIHAN_INDUSTRI_DALAM_MENINGKATKAN_KEBOLEHKERJAAN_-__SATU_KAJIAN_KES_PELAJAR-PELAJAR_full r.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini merupakan kajian penilaian perlaksanaan Latihan Industri dalam meningkatkan kebolehkeijaan pelajar-pelajar dalam kursus Pengurusan Hotel dan Katering. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori dan praktikal semasa menjalani Latihan Industri. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat sejauh mana Latihan Industri ini dapat meningkatkan kebolehkeijaan dari aspek kemahiran generik dan pengurusan perhotelan. Dalam pada itu, kajian ini juga melihat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari kedua-dua aspek yang ditunjukkan. Kajian telah dijalankan di Politeknik Johor Bahru dalam Jabatan Hospitaliti dan menggunakan soal selidik sebagai data kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif dari sesi temu bual semi berstruktur dalam memperolehi dapatan kajian. Seramai 147 sampel daripada 231 populasi yang disasarkan telah menjawab soal selidik yang dijalankan. Tiga orang pensyarah juga telah ditemu bual bagi menyokong dapatan kajian ini. Kesemua dapatan kajian telah dianalisis menggunakan SPPS versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan, pelajar-pelajar dapat mengaplikasi ilmu teori dan praktikal semasa menjalani Latihan Industri. Ini berdasarkan purata skor min yang ditunjukkan iaitu 3.74 dan 3.88. Kajian ini juga membuktikan, Latihan Industri dapat meningkatkan kebolehkeijaan dari aspek kemahiran generik dan pengurusan perhotelan dengan skor min mencapai tahap yang tinggi iaitu 4.08 dan 3.82. Selain daripada itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari aspek kemahiran generik. Berbeza pula dengan aspek pengurusan perhotelan di mana terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 01:37
Last Modified: 02 Jun 2020 06:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/889
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year