UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson

Che Musa, Noradilah (2004) Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PEMBELAJARAN_MESYUARAT_SYARIKAT_DAN_PERLAKSANAANNYA_.pdf

Download (7MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN MESYUARAT SYARIKAT DAN PERLAKSANAANNYA SATU KAJIAN K full.pdf

Download (24MB)

Abstract

Laporan Projek Saijana ini mempersembahkan tajuk kajian bertajuk "Penghasilan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Mesyuarat Syarikat dan Pelaksanaannya: Satu Kajian Kes Di Politeknik Port Dickson". Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Diploma Akauntansi meningkatkan pemahaman dalam topik pelaksanaan mesyuarat syarikat dengan menghasilkan modul pengajaran kendiri bagi topik tersebut. Responden adalah terdiri daripada 44 orang pelajar semester enam Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data dan program SPSS 11.5 (Statistical Package For The Social Sciences) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalsis secara peratusan dan statistik deskriptif iaitu taburan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pelajar bersetuju modul tersebut dihasilkan untuk membantu proses pembelajaran mesyuarat syarikat di kalangan pelajar-pelajar Diploma Akauntasi. Ini boleh dilihat kepada nilai skor min yang tertinggi pada item 33 dalam borang soal selidik iaitu "saya dapati modul ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar Diploma Akauntansi dalam mempelajari pelaksanaan mesyuarat syarikat" iaitu 4.43.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 18 Apr 2011 06:25
Last Modified: 22 Oct 2019 01:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/895
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year