UTHM Institutional Repository

Penghasilan modul pembelajaran kendiri Bahan Dan binaan berasaskan web

Mohd Salleh, Mohd Faizal (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri Bahan Dan binaan berasaskan web. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_BAHAN_DAN_BINAAN_BERASASKAN_WEB.pdf

Download (1MB)

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan tidak lagi boleh dinafikan pada masa kini. Keperluan yang meningkat dalam sistem pembelajaran dan pengajaran memerlukan mereka yang terlibat memberi sepenuh tumpuan terhadap mata pelajaran bagi mencapai matlamat, untuk tujuan ini modul pembelajaran kendiri di hasilkan bagi membantu memudahkan pelajar dan pensyarah dalam mata pelajaran Bahan dan Binaan agar dapat mengikuti pelajaran tersebut secara berkesan tanpa membuang masa. Seramai 35 orang pelajar diploma kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah , Jitra Kedah terlibat sebagai responden. Statistik deskriptif digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data. Secara keseluruhannya dari hasil kajian, menunjukkan para pelajar memberikan maklum balas yang positif terhadap modul pembelajaran kendiri Bahan dan Binaan berasaskan web ini. Dari hasil kajian ini juga didapati bahawa kebanyakan pelajar lebih berminat terhadap menggunakan media yang pelbagai seperti teks, audio dan visual. Walau bagaimana pun masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk memantapkan modul pembelajaran kendiri ini. Bagi menyokong perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan keijasama daripada pelbagai pihak seperti Kementerian dan Politeknik sendiri diperlukan terutama dari segi kemudahan komputer, kursus penggunaan perisian dan sebagainya.ini adalah penting bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang teknologi pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 18 Apr 2011 06:40
Last Modified: 29 Apr 2011 06:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/897
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year