UTHM Institutional Repository

Potensi antourism di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia

Hamdin, Muhammad Shafiq (2016) Potensi antourism di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Muhammad_Shafiq_Hamdin.pdf

Download (895kB)

Abstract

Entomopelancongan bukan suatu yang baharu di Malaysia jika disandarkan kejayaan kupu-kupu dan kelip-kelip sebagai produk pelancongan alam semulajadi sebelum ini. Kajian-kajian terkini mendapati terdapat beberapa kumpulan serangga lain yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai produk entomopelancongan seperti semut yang tinggi kehadirannya. Kajian ini bertujuan untuk mempelbagai produk pelancongan dalam usaha mempertingkat industri pelancongan alam semulajadi di Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER). Fasa I kajian ini melibatkan pemerhatian kehadiran serangga dan juga persampelan spesimen semut. Hasil pemerhatian menunjukkan kumpulan serangga semut antara paling mudah dilihat di TNJER yang diikuti oleh anai-anai dan nyamuk. Fasa II pula telah dilakukan kajian soal selidik terhadap 117 orang pelancong TNJER untuk mengetahui pengetahuan ekologi semut yang dikehendaki. Responden telah memilih sistem komunikasi semut sebagai pengetahuan ekologi yang utama diikuti oleh morfologi semut, sistem pertahanan dan kaedah mencari makanan dan pemakanan. Hasil pada Fasa II telah digunakan dalam Fasa III kajian untuk mengkaji pelbagai aspek ekologi kumpulan serangga tertumpu melalui kajian lapangan dan maklumat sekunder. Akhir sekali, Fasa IV pula untuk memenuhi objektif terakhir kajian bagi menghasilkan satu buku kecil ANTourism di TNJER dan mengujinya. Berdasarkan percubaan penggunaan buku kecil oleh pelancong juga telah berjaya mendapatkan beberapa pandangan dan cadangan bernas bagi penambahbaikan kandungan buku kecil pada masa hadapan. Keseluruhannya, ANTourism diharapkan menjadi penyumbang kepada industri pelancongan selain mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharan alam sekitar. Menghargai alam bermula dengan mengenali alam itu sendiri.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 17 Apr 2017 08:19
Last Modified: 17 Apr 2017 08:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9061
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year