UTHM Institutional Repository

Aplikasi penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah Sarjana Pendidikan Teknikal, KUiTTHO

Irahim, Zalinda (2001) Aplikasi penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah-pensyarah Sarjana Pendidikan Teknikal, KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_APLIKASI_PENGGUNAAN_KOMPUTER_SEBAGAI_ALAT_BANTU_MENGAJAR_DALAM_PROSES_PENGAJARAN_DAN.pdf

Download (768kB)
[img] Text (Full Text)
APLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN full.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada penggunaan komputer akan memberi kesan positif lebih daripada negatif kepada pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau kemahiran pensyarah dalam menggunakan komputer, mengenalpasti tujuan penggunaan komputer oleh pensyarah-pensyarah dan juga jenis-jenis perisian yang sering digunakan untuk mengajar dan melakukan persediaan mengajar. Kajian juga ingin melihat masalah dan persepsi pensyarah-pensyarah terhadap penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Sampel kajian terdiri daripada 25 orang pensyarah Sarjana Pendidikan Teknikal yang dipilih secara rawak dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah bersetuju bahawa penggunaan komputer akan memberikan kesan positif lebih daripada negatif kepada pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan pensyarah mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu. Penggunaan komputer di kalangan pensyarah lebih menumpu kepada tujuan mencari maklumat menerusi internet dan juga penghasilan alat dan bahan bantu mengajar. Antara perisian-perisian yang sering digunakan oleh pendidik adalah perisian-perisian berbentuk pemprosesan perkataan dan internet. Faktor utama yang memberi masalah kepada pendidik dalam penggunaan komputer adalah masalah ketiadaan komputer yang tidak mencukupi. Namun demikian, pensyarah-pensyarah didapati memberikan persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan . Sebagai kesimpulan, kajian mendapati penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan oleh pensyarah dengan baik walaupun tidak sepenuhnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 02:05
Last Modified: 10 Nov 2019 00:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/907
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year