UTHM Institutional Repository

Pembelajaran informal dalam kalangan guru bukan opsyen bahasa Melayu di sekolah menengah harian

Selamat, Juliyana (2016) Pembelajaran informal dalam kalangan guru bukan opsyen bahasa Melayu di sekolah menengah harian. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Juliyana_Selamat.pdf

Download (580kB)

Abstract

Pembelajaran Informal mempunyai beberapa kaedah, antaranya, merujuk kepada bahan bacaan, merujuk kepada penggunaan media elektronik, merujuk kepada bertanya kepada yang lebih mahir, merujuk kepada kaedah pemerhatian dan merujuk kepada kaedah membuat rujukan. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah Pembelajaran Informal yang paling dominan yang diamalkan dalam kalangan guru bukan opsyen mata pelajaran bahasa Melayu, mengenal pasti sumbangannya dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta mengkaji perbezaan kaedah Pembelajaran Informal berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini melibatkan seramai 118 orang guru bukan opsyen bahasa Melayu di Sekolah Menengah Harian Daerah Batu Pahat. Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS version 21.0. Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan, kaedah pembelajaran informal yang paling dominan yang diamalkan oleh guru bukan opsyen bahasa Melayu ialah kaedah pembelajaran informal merujuk kepada bertanya dengan min 4.57. Dapatan juga mendapati sumbangan pembelajaran informal terhadap guru tersebut dari aspek pengetahuan (min=4.43), kemahiran berfikir (min=4.40) dan sikap (min=4.40) berada pada tahap interpretasi skor min yang tinggi dan hasil dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar terhadap pembelajaran informal bagi guru-guru tersebut. Kesimpulannya, guru perlu sentiasa bersedia untuk mengajar dan pembelajaran informal merupakan cara alternatif untuk guru mendalami sesuatu disiplin ilmu di samping memudahkan guru menyampaikan pengajaran yang berkualiti.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 09 May 2017 07:34
Last Modified: 09 May 2017 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9072
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year