UTHM Institutional Repository

Efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar KKTM Sri Gading

Sombar @ Abdul Hamid, Salihah (2016) Efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar KKTM Sri Gading. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Salihah_Sombar_@_Abdul_Hamid.pdf

Download (496kB)

Abstract

Kemahiran manipulatif merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar aliran teknikal mahupun vokasional. Namun begitu, kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi kurang yakin dengan kemampuan mereka menguasai kemahiran manipulatif dan telalu mengharapkan kepada pengawasan daripada pensyarah. Justeru, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz, tahap efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains serta hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi kendiri dalam melaksanakan eksperimen sains. Pendekatan kaedah tinjauan digunakan bagi memperolehi data berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah ujian pasca eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies dan soal selidik efikasi kendiri. Seramai 94 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar berada pada tahap kelima iaitu pengoperasian peralatan-separa mahir manakala skor min bagi tahap efikasi kendiri pelajar (tahap keyakinan dan motivasi) dalam melaksanakan eksperimen pula berada pada tahap yang tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen dengan nilai pekali korelasi yang sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor kemahiran manipulatif, tahap keyakinan dan motivasi perlu dipertimbangkan dalam kajian yang melibatkan sesuatu eksperimen atau kerja amali.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 09 May 2017 07:34
Last Modified: 09 May 2017 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9089
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year