UTHM Institutional Repository

Hubungan antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Omar, Hawa (2014) Hubungan antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Hawa_Omar.pdf

Download (385kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pt. Raja, Batu Pahat, Johor. Kajian ini melibatkan responden seramai 202 orang staf bukan akademik di bawah klasifikasi perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (N) yang terdiri daripada Kumpulan Sokongan I (Gred N27 hingga N40) dan Kumpulan Sokongan II (Gred N17 hingga N26) dalam jenis skim perkhidmatan kumpulan pelaksana, mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang Soal Selidik Asertif Rathus (1973) digunakan bagi mengukur tingkah laku asertif, sementara Borang Soal Selidik Komitmen Organisasi Allen dan Meyer (1990) digunakan untuk mengukur komitmen organisasi. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 19.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap tingkah laku asertif dan tahap komitmen staf sokongan UTHM berada pada tahap sederhana. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara positif pada tahap yang rendah di antara tingkah laku asertif dengan komitmen organisasi. Manakala Analisis Regresi Pelbagai Piawai pula menunjukkan bahawa dimensi tingkah laku asertif, Kemampuan Mempertahankan Pendirian (KP) adalah yang paling dominan dalam mempengaruhi komitmen organisasi dalam kalangan staf sokongan UTHM.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 24 May 2017 07:57
Last Modified: 24 May 2017 07:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9133
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year